Di dalam ini tersimpan kejayaan aku di alam siber.
Entry kali ini berkisar krisis pemakanan lagi.  Semasa aku masih kecil lagi, kami selalu bawa garam ke rimba-rimba utk menjerat burung.  Bila lapar buah kelempung (ara) menjadi sasaran.  Buah dan pucuk ara boleh di buat ulam.  Pokok ara mudah tumbuh di kawasan tanah rendah.  Pernuh aku memakan satu masakan ikan loma yg di balut dgn pucuk ini, ketika itu aku masih kecil di Kg. Raban , Kuak , dan nama masakkan itu aku tidak ingat lagi.  Hingga lah sekarang aku telah menemui satu masakan ikan air tawar yg banyak tulang di masak lemak cili api yang di balut dgn pucuk ara.  Ini telah menarik minat aku utk mengetahui rahsia.  Ikan sungai ini di balut dgn pucuk ara dan di rebus dulu, kamudian baru di masak semula dgn pembungkusnya sekali. Hasilnya biasa saja cuma tulangnya agak rapuh :->  :->
Mungkin satu masa nanti ada yg dapat mencipta jeruk ara :-D  :-D halwa ara jam ara acar ara pajri ara sebagai sumber makanan baru.. :->  :->  :->  Wallahu'alam....
Ini telah membuat aku mengatur langkah tempang.  Pokok2 tahun (pokok bermusim) yang tidak memberi hasil yg baik, mula ku tebang ,  ini termasuk pokok2 yg terlalu rapat, pokok2 tua dan pokok2 sampingan yg di tanam dan kurang memberi mampaat sepenuhnya di bersihkan.  Kawasan kawasan ini akan di tanam dengan pokok yg tidak bermusim , sebagai sumber makanan tambahan atau mana tau dah sampai masa kecemasan kelak.
Tenguk apa yg aku telah buat..
Tanaman baru pokok pisang.
[/img]
Pokok pisang emas ni dah pun besar, lihat sebelah kiri rumpun pucuk paku yg memang di pelihara.
1.  Pondok buluh beroda (tercangih ciptaan aku)
2.  Pondok buluh biasa. berbangku dan bermeja.
Sesiapa yg rasa gatal tangan nak buat, ok ..tanpa rasa malu wa kasi plan.. yg tidak terdapat chop professional engineer,  runtuh tanggong sendiri. he he he.. :-D
Asalnya pondok ini berbungbung atap nipah,  tapi dah lama atapnya dah hancur lebur.  nak ganti baru dah tak jumpa orang buat atap.  Jadi sebelum dia menyambah bumi sebagai ganti aku bubuh tikar getah yg terbuang. he he nampak ok gak. ni yang ambil gambar sebelum pupus kan?? :-D
Pondok buluh ini terdapat di sebuah kampung di G. Semanggol
Plan pondok buluh berbangku
Plan pondok buluh beroda
Pondok buluh beroda ciptaan aku
Pada hakikatnya kita adalah penumpang, menumpang di bumi Allah swt yang mana kelak kita akan kembali ke alam ahirat.  Bila di katakan menumpang, kita kenah patuh kehendak pemberi menumpang.  Tiada alasan bagi kita mengatakan tidak tahu.  Allah swt telah mengutuskan rasul2nya sebagai pemberi peringatan dan Al-Quran sebagai panduan. "kamu tidak akan sesat selagi kita tidak menyelewing dari sunnah dan Al-Quran".  Oleh itu jangan jadikan kekayaan, kemiskinan, tua atau muda sebagai sebab tidak mentaati perintah Allah swt.
Peringatan utk diri ku....
Aku memang pokok duit dan sentiasa buat duit
NI SEMUA PAPA2...RASANYA SEMUA KENAL SUAMI MASING-MASING. KALAU DI INTAI ADA YG PINJAM BABY.  LOL  LOL  harap2 tak lama la tu kan,
Kesempatan diambil, bukan saja meraikan majlis perkahwinan puteri-puteri Abang Hussain (PI).  Tetapi juga dapat bertemu mesra dengan kekawan dlm FP.  Terutamanya PI sendiri selaku tuan rumah , Puan Zai dan suami, Puan Ct dan juga suami (mr. Cinta), Puan Azue berserta suami dan keluarga, Puan Azie dan keluarga dan ada lagi group utara belum kenal lagi.
Perwatakan kita x dapat dinilai dari gambar yg kita lihat, kadang kala ia berlawanan dari apa yg kita bayangkan.  Bagitu juga dari gaya bahasa tulisan, ia belum lagi jelas.  Tetapi bila kita mula bergaul baru kita tahu sifat masing2 dengan perwatakan yg tertentu.  Alhamdulillah, apa yg saya rasa (personal imagine) FP juga boleh mengiratkan perhubungan kita, amat penting dlm kekeluargaan.  Kita sering perlu bantu membantu, bila perhubungan ini kerab berlaku, ia akan membawa kpd kesefahaman dan kebahagiaan...he he panjang lak sarahan  dia ni.. :->
Hari ni anak aku di benarkan keluar dari asrama.  Biasanya, emak dia yg selalu menjemputnya dengan keter.  Tetapi ari ini dak pulak.  Oleh sebab sekolahnya berhampiran tempat kerja, aku lak yang mengambilnya gan motor je.  Mulanya nak letak je dia kat bilik kerja aku,  petang nanti balik bersama-sama.  Tetapi kecian lak, lalu terus je aku pederas gan motor balik umah, laju lak tu.
Entah macam mana , motor hilang kawalan, bergelong hampir2 terbabas.  Bila keadaan dapat dikawal, sahih tayar belakang telah pecah.  Sakit ni ...bengkel motor lak 2 kilometer lebih.  Hendak tak dak menolak lah aku di tengah panas terik.  hu hu hu.. kecian aku.  Sampai je ke bengkel motor, dah pun tutup 12.30 th. time bersiap-siap sembahyang Jumaat.  Tak jauh dr sini kira2 100 meter ada satu lagi bengkel anak muda (Mat Motor),  bertolak lak aku ke sana.  pun tutup juga.  Dalam aku berfikir utk menelipon kawan aku di bengkel pertama tadi,  datang anak muda bermotor , lantas menegur dan menawarkan bantuan.  tanpa fikir panjang aku pun bersetuju. Dalam masa 10 minit dia datang semula lengkap dengan peralatan.  Tak sampai 15 minit kamudian , motor aku telah siap utk di guna semula.  Berapa ni dik (yg bernama Rafaie). Pak cik bagi le RM15. (harga ni sekali ganda harga kat bengkel).  Rezeki dia lah tu..
Moral
1.  Apa tindakkan anda kalau anda berada di tempat saya.?
'marah , bebal, sabar, menerima ujian Allah swt.'
2.  Mahasabah diri anda.
' ada buat kesilapan kepada Allah swt, kenderaan yg tidak sempurna'
3.  Apa persediaan anda mengatasi masalah ini?.
' berlajar & bawa kelengkapan dlm perjalanan, berserah je, biasa le ni'
Tahniah kepada "MAN" dari  http://kacamata.fotopages.com yang telah berjaya memenangi tiket perlancungan ke badungcamp dengan meneka dgn tepat tekateki badungcamp FP.
Tahniah sekali lagi..
(text tak berkelab-kelip , tak macam FP mama2 tu depa rajin ke aku yg tak reti he he... :-D )
"ABIS SEGIT DUIT RAYA ADIK..HATI ADIK CENANG "KATA2 YG TERUNGKAP DARI PUTERI KECIL SDR MAN." :-D
Jawapan Teka-teki entry lepas:
Tunas baru di tunggol adalah "anak"
Tunggol itu masih hidup dan menpastikan tunas baru berkembang baik adalah "atok"
"Tok tok mana emak kami? Kau belum ada, emak kamu mati dulu"  Ini adalah satu teka teki (riddle) yang aku perolehi semasa aku masih kanak2.  Ketika itu aku abang dan kakak2 aku sedang bermain di halaman rumah.  Ibu aku yang baru pulang dari sawah, berehat bersama kami sambil melihat kami bermain-main.  Lalu ia memberi kami teka teki ini.  Puas abang dan kakak2 aku mencari jawapan, akhirnya ia beri juga jawapanya yang kebetulan juga jawapanya ada berhampiran kami.  Dia bagi tau teka teki ini juga ia perolehi dari tok kami juga semasa ia masih kecil dalam keadaan yang sama.  Mengenang kembali , sayangnya aku tidak dapat meneruskan ajuan teka teki ini pada anak2 aku. Maka dengan senang hati aku ajukan pulak teka teki ini untuk kau orang pulak. kui kui..kui.. :-D  :-D  :-D  :-D  :-D  :-D  :-D  :-D  :-D  :-D  :-D
Hadiah pertama melancung ke bandungcamp 3 h 2 malam , makan sendiri-diri untuk 2 orang je (dewasa)   LOL  LOL
Pokok kurma ini tumbuh di belakan rumah, umurnya lebih kurang 4 tahun.
Bulan Ramadzan 1429 baru saja belalu.  Namun masih ramai lagi terasa kehangatanya, dengan puasa sunat enam hari bulan Syawal dan majlis jamuan raya.  Tapi yang pasti ia telah pun meninggalkan kita.  Apa kah tahun depan kita bertemu lagi??.  Hanya Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya.
Entry saya kali ini mengenai pokok kurma yang menjadi amalan sunat memakanya di permulaan berbuka puasa.  Megikut cerita pokok kurma Allah swt jadikan dari lebihan tanah yang membentuk nabi Adam as.  Buah kurma mempunyai khasiat tertentu,  mengandungi nilai serat yang tinggi.  Ibu nabi Isa as, Siti Maryam hanya memakan buah kurma semasa dalam pantang.
Pokok kurma ini telah tumbuh dua pokok berhampiran rumah saya, selepas saya kembali dari menunaikan haji.  Satu darinya telah mati akibat perpindahan tempat.  Hanya satu pokok saja lagi yang saya jaga. Bersebelahan yang satu ini, masih terdapat sepokok lagi, tetapi oleh sebab ingin menjaga pertumbuhan yang sihat, yang satu ini saya buang.  Timbul penyesalan pulak, sebab pokok kurma perlu kpd pasangan untuk berbuah.  Kemungkinan yang saya buang itu pasanganya.  hu hu hu.. :-)
Ini pokok kurma yg saya ambil gambar di Sek Men. Agama Al-Ahyah Syarif Gunung semanggol.
Batang nya penuh dengan pokok2 tumpang, mungkin perbedzaan iklim, kalau kat timor tengah batangnya bersih.
Kad dan surat jemputan tidak rasmi mulai tiba bertali arus, Empat Syawal dah bermula open house, sebelah umah aja.  Open house ini dibuat bersempena hari raya dan pertunangan anaknya. Oleh sebab jiran dan sepupu orang umah, kami sekeluarga tidak boleh lepas tangan bagitu saja.  Walau pun program ari ni agak ketat.  Tiga jemputan kenduri kahwin dan BBQ perhimpunan adik-beradik disebelah saya.  Setelah bertungkus lumus sebelah pagi, tengahari pula berkejaran lak ke rumah kenduri.  Sempat ambil 2 umah dah pun keletehan.  Pas tu bergegas lak ke tempat kelahiran ku di G Semanggol, bawa motor sendiri kononya hendak cepat. Orang umah bawa keter gan anak2 pompuanya.  Sampai je BBQ dah pun tamat, seterusnya aktiviti menjala ikan, tak kisah lah bukan nak makan sangat, Ikut pi menjala bawa kemera sekali.  Rupanya bateri kamera pun dah weak, yg spare tak bawa lak. tak dak gambar le di sini.  Malam tidur dalam khemah, semua ruang telah ditempah awal2 lagi. hu hu..
Esok balik jap kat umah, tak boleh lama2 nanti lewat nak keluar, pergi satu lagi rumah terbuka. kali ni umah anak sulung aku di Parit Buntar. Dia buat ringkas je utk kekawan rumah guru.  Bila dah mula berjalan meleret lah sampai ke kg. Relau Kedah.
Tamat siri raya....1429