Want your
own Fotopage?







 
alias's FotoPage

By: alias samad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]
Monday, 15-Dec-2008 01:03 Email | Share | | Bookmark
Menkudu (morinda citrifolia)

 
Buah Menkudu hapir masak
Pokok menkudu
View all 6 photos...

Pokok perubatan tradisional yg paling mudah di temui. Pucuk muda menjadi sumber makanan untuk di buat ulam dan kerabu nyiur. Di Indonesia buah menkudu di campur dlm rojak buah. Berikut diantara khasiat buah mengkudu:
- meredakan tekanan darah tinggi.
- Sengugut, ulser, kencing manis,
- Kerosakkan buah pingang.
- Pundi hempedu.
- Urat saraf.

Sesuatu yang baik biasanya berlawanan dgn kehendak nafsu. Hanya tiga perkara yg baik bersesuaian dgn kehendak nafsu. 1. buka puasa awal, 2. Raya. 3. Kahwin.
Jus mengkudu rasa tidak enak, ubat katakan. Tahu ia ubat , baik utk kesihatan. Tapi sekali buat je..habis tu X buat2 lagi, tidak beristiqamah.
Semacam gak dengan ibadat aku! bila ada mood yg sunat2 habis dibuat, bila X mood yg wajib je!!!
~ jangan yg wajib pun tak buat, berat tau ~


Thursday, 11-Dec-2008 04:05 Email | Share | | Bookmark
Amalan Korban

bakal di korbankan
 
pengorbanan
View all 7 photos...
" Selamat Hari Raya Aidil Adha" - 1429
Kepada semua keluarga FP.

Sejarah pengorbanan pertama berlaku semasa Nabi Adam as. Pengorbanan 2 anak nabi Adam as. Habil dan Qabil. Habil mengorbankan hasil ternakan manakala Qabil hasil pertanian. Walaupun niat mereka sama tetapi Allah swt menerima korban Habil atas sebab tertentu. Kisah kedua-dua anak nabi Adam as ini berakhir apabila Qabil membunuh saudaranya Habil. Inilah sejarah pembunuhan pertama dlm sejarah manusia.
Adapun pengorbanan dgn penyambelihan binatang ternakan yg kita amalkan sekarang berdasarkan kpd pengorbanan Nabi Ibrahim as. Setelah lama meninggalkan isteri dan anaknya Siti Hajar dan Nabi Ismail as. di satu lembah padang pasir yg kering kontang, di Masjidil Haram sekarang ini. Kembalilah Nabi Ibrahim as untuk menemui keluarganya di Mekah mukarahmah. Nalori saorang ayah sudah pasti terasa apabila melihat anak yg lama ditinggalkan. Rasa cinta dan kasih sayang mula tertumpu kpd. Nabi Ismail as. Di sini Allah swt telah menguji kesetiaan dan kesabaran Nabi Ibrahim as. Allah swt telah memerentahkan Nabi Ibrahim agar menyebeleh anaknya Nabi Ismail as. Bawalah Nabi Ibrahim as ke Mina sebagai menunaikan perentah Allah swt. Ketika perjalanan datanglah syaitan lanatullah menghasut Nabi Ibrahim supaya tidak melaksanakan korban. Itulah ketiga-tiga jumrah tempat melontar syaitan. Sebagai ganti kepatuhan Nabi Ibrahim as, Allah swt telah mendatangkan kibas dr syurga. Hingga ke hari kiamat amalan korban ini disyariatkan kpd umat Islam.

Antara amalan dalam menunaikan haji yg meniru kelakuan keluarga Nabi Ibrahim as.
- Melontar (wajib haji) kelakuan Nabi Ibrahim as.
- Sa'ie (rukun haji) - Safa ke Marwah 7 ulangan - kelakuan Siti Hajar dlm usaha mendapat bantuan setelah kehabisan air dan makanan.

Arif Turut Membantu


Friday, 5-Dec-2008 04:56 Email | Share | | Bookmark
Keduduk (senduduk) - melastoma malabathricum

keduduk bunga putih
keduduk bunga jinga
keduduk bunga biru
View all 14 photos...
Kebiasaan di temui berwarna jinga, mudah di dapati dimana-mana, malah menjadi kesusahan kpd petani. Isi buahnya yg berwarna hitam pekat boleh di makan dan menjadi kegemaran burung dan ungas. Ada yg mengatakan air buah keduduk di buat dakwat dan pewarna kain. Teman masa kecil dulu pun gemar buah keduduk ini.

ramai X suke tapi ladybird suka aku
Bila teman dah besar (tua) terdengar pulak ada orang mencari keduduk bunga putih yg boleh di buat ubat tertentu.. Mulanya agak pelik juga mana ada keduduk warna putih. Ini telah membuat teman bagitu teliti bila menebas dusun, mana tau terserempak lak gan keduduk putih. Akhir baru2 ni teman terjumpa gak gan keduduk ni, tapi pokok yg di tanam orang. Apa lagi minta izin ambil gambar dulu, tentang khasiatnya tunggu dulu. Tanya pemilik pokok apa khasiatnya , mudah jawapanya "orang kata jadi ubat, wallah hu'alam" hu hu hu.. Teman mula bertanya orang tapi tiada yg betul2 tahu. Akhirnya cungkil dari internet lebih kurang bagini yg saya dapat.
@ ubat terkena racun atau santau.
1. merawat luka, ubat rawatan ibu bersalin.
2. mengurang tekanan darah tinggi, menahan kesakitan.
3. minum airnya utk rawatan sakit perut akibat jangkitan ulser.
4. daun keduduk putih yg tua di tumbuk dgn kunyit hidup di campur air - mengubati cirit-birit dan berak berdarah.

Aku berbunga putih

buah aku berwarna oreng
Selain warna jinga dan putih saya juga menemui keduduk warna biru pekat di sebuah rumah di ULU Cheh,
tetapi tidak ketahui khasiatnya. Saya bertanya juga macik pemilik keduduk biru tersebut tentang warna keduduk biru ini , jawapan yg sama entahlah mungkin boleh buat ubat. sempat gak borak dengannya ia mengatakan ada keduduk berwarna merah pekat. ini yg nak kena cari ni... kot 2 boleh buat ubat pengasih kui kui kui..

Aku berwarna biru yg warna merah pekat biras aku.


Wednesday, 3-Dec-2008 06:33 Email | Share | | Bookmark
Suasana kenduri kahwin

pekena dulu sbl pingan mangkok datang
si mamat ni ke ketua basuh??
dah x sibuk
View all 6 photos...
Trend kenduri sekarang ke arah kontrak dan bufet telah menular ke dalam kawasan kampung. Kerjasama dalam bentuk gotong-royong mulai renggang. Hanya orang2 tertentu saja yang merasakan tiada masalah sekiranya cara gotong-royong dilaksanakan dan seterusnya meringankan kos perbelanjaan dan menghidupkan suasana kenduri kendara.

Timbulnya permasalahan mungkin......
@ kekurangan anak muda yg cergas
@ tiada kesefahaman dalam masyarakat.
@ tiada pemimping yang berkelibar dlm membentuk masyarakat yg bersatu.
@ masing2 alasan banyak kerja hingga tak dapat beri masa.
@ ada perasaan balas demdam, ambil kau dulu buat daa' je orang kenduri hu hu hu..
lagi ko orang tahu sendiri lah...

Walaubagaimana pun kampung teman cuba lagi sedaya upaya yg boleh mengekalkan tradisi kenduri cara gotong-royong walaupun telah hampir ke penghujung. hu hu hu..
Dalam gotong-royong ada beberapa peringkat tugas masing2.
# tukang masak - saorang ketua dan pembantu.
# tukang basuh - saorang ketua.
# menyediakan minuman - saorang ketua
# mentara - saorang ketua (biasanya anak muda)
# penyambut tetamu/tugas khas di balai hidangan - saorang ketua biasanya orang tua di kenali ramai
# wakil tuan rumah saorang atau dua.
semua ketua bertangung jawab mempastikan bahagian kerjanya berjalan lancar, kalau tersekat bahagian lain akan riuh rendah, dan kerja akan kembali lancar.. kui kui kui..ia juga akan mengagihkan sagu hati tuan kenduri jika ada. Yang agak special ketua tukang masak, bila kenduri telah penghujung , masakan masih berbaki, ia akan mengagihkan serba sedikit lauk pauk kepada semua pembantunya. ini pun setelah di asingkan utk simpanan tuan rumah kalau ada tetamu terlewat sampai. kalau masih banyak lagi barulah geliran petugas membasuh dapat. biasanya aku la tu hu hu hu.. den den... sekiranya masakan tak mencukupi tetamu masih ramai,, yang lari dulu ketua masak.. . Tugas ke dua berat ialah wakil tuan rumah.(genaral manager). serba-serbi dia kena ambil tahu, kehulu ke hilir menyelesaikan kehendak pertugas. berat tu.. kadangkala keluar duit poket sendiri pulak, lepas kenduri kelim le...
lihat sedikit gambaran yg dapat saya rakam. X sempat nak ambil banyak al maklumlah teman pun ada tugas hu hu hu..




yg bersandar tu ketua masak


Monday, 1-Dec-2008 01:29 Email | Share | | Bookmark
Burung Segan

 
 
 
View all 13 photos...

Burung Segan ada yg panggil burung tukang (Batrachostomus auritus). Burung yang paling pemalas kerjanya tidur. Oleh sebab bulunya seakan-akan warna sampah , jarang sekali kita perasan yg ia sedang berada di bumi. Bila kita hampir2 menjejakinya baru dia terbang dengan jarak yg dekat dan kembali di atas tanah. Burung ini tidak mempunyai sarang yg kemas, Di mana terdapat sedikit lopak tanah yg kering di bawah semak di situ dia bertelur. Biasanya aktif di waktu senja menangkap seranga berterbangan. Pada mulanya saya mengambil gambarnya dari jarak jauh. Bila saya semangkin dekat dia masih tidak memperdulikan saya. Malah hapir2 kemera mengenainya pun dia buat dak je. Betul-betul pemalas hu hu hu..

jangan gangu le aku nak tidur

apa pulak yang bersilau mata aku ni?


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net