" Selamat Hari Raya Aidil Adha" - 1429 Kepada semua keluarga FP.
Sejarah pengorbanan pertama berlaku semasa Nabi Adam as. Pengorbanan 2 anak nabi Adam as. Habil dan Qabil. Habil mengorbankan hasil ternakan manakala Qabil hasil pertanian. Walaupun niat mereka sama tetapi Allah swt menerima korban Habil atas sebab tertentu. Kisah kedua-dua anak nabi Adam as ini berakhir apabila Qabil membunuh saudaranya Habil. Inilah sejarah pembunuhan pertama dlm sejarah manusia.
Adapun pengorbanan dgn penyambelihan binatang ternakan yg kita amalkan sekarang berdasarkan kpd pengorbanan Nabi Ibrahim as. Setelah lama meninggalkan isteri dan anaknya Siti Hajar dan Nabi Ismail as. di satu lembah padang pasir yg kering kontang, di Masjidil Haram sekarang ini. Kembalilah Nabi Ibrahim as untuk menemui keluarganya di Mekah mukarahmah. Nalori saorang ayah sudah pasti terasa apabila melihat anak yg lama ditinggalkan. Rasa cinta dan kasih sayang mula tertumpu kpd. Nabi Ismail as. Di sini Allah swt telah menguji kesetiaan dan kesabaran Nabi Ibrahim as. Allah swt telah memerentahkan Nabi Ibrahim agar menyebeleh anaknya Nabi Ismail as. Bawalah Nabi Ibrahim as ke Mina sebagai menunaikan perentah Allah swt. Ketika perjalanan datanglah syaitan lanatullah menghasut Nabi Ibrahim supaya tidak melaksanakan korban. Itulah ketiga-tiga jumrah tempat melontar syaitan. Sebagai ganti kepatuhan Nabi Ibrahim as, Allah swt telah mendatangkan kibas dr syurga. Hingga ke hari kiamat amalan korban ini disyariatkan kpd umat Islam.
Antara amalan dalam menunaikan haji yg meniru kelakuan keluarga Nabi Ibrahim as.
- Melontar (wajib haji) kelakuan Nabi Ibrahim as.
- Sa'ie (rukun haji) - Safa ke Marwah 7 ulangan - kelakuan Siti Hajar dlm usaha mendapat bantuan setelah kehabisan air dan makanan.
Arif Turut Membantu
Syabas Hj Alias aka Badungcamp
Semuga Aidil adha terus disambur meriah dengan ibadat korban
Kita selaraskan wawasan 2020 dengan wawasan akhirat :
(sekiranya panjang umur)
Calendar Aidil adha ditahun2 mendatang
1430 (Islamic Calendar): November 27, 2009 (calculated)
1431 (Islamic Calendar): November 16, 2010 (calculated)
1432 (Islamic Calendar): November 6, 2011 (calculated)
1433 (Islamic Calendar): October 26, 2012 (calculated)
1434 (Islamic Calendar): October 15, 2013 (calculated)
1435 (Islamic Calendar): October 4, 2014 (calculated)
1436 (Islamic Calendar): September 23, 2015 (calculated)
1437 (Islamic Calendar): September 11, 2016 (calculated)
1438 (Islamic Calendar): September 1, 2017 (calculated)
1439 (Islamic Calendar): August 21, 2018 (calculated)
1440 (Islamic Calendar): August 11, 2019 (calculated)
1441 (Islamic Calendar): July 31, 2020 (calculated)
Thu 11-Dec-2008 20:18 Posted by:Pemancing Ikan - [Link]
syukur alhamdulillah tuan haji adakan korban yer tahun ni...
moga mendapat keberatan yer tuan haji...Insya Allah
DAGING...DAGING....BANYAK LAGI DAGING KORBAN DALAM FRIDGE UNAH WaTIE NIE... ABANG WaTIE BUAT KORBAN TAHUN NIE.. ADEH NAK KASI BUDAK BUJANG..DORANG XMO YG BELUM MASAK LAKS... BANYAK SONGEL LA PULAK BEBUDAK TU... INGT CAM NAK BUAT RENDANG JE LA..REBUS KETUPAT SEGERA ADABI TU... .. MAI PAKCIK.. DATANG MAKAN RENDANG KAT UMAH SAYA...