Want your
own Fotopage?






 
alias's FotoPage

By: alias samad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Dec-2008 04:56 Email | Share | Bookmark
Keduduk (senduduk) - melastoma malabathricum

keduduk bunga putih
keduduk bunga jinga
keduduk bunga biru
pokok keduduk putih
buah keduduk putih
pokok keduduk jinga
warna jingga
ladybird pun suka
tebuan pun sama
keduduk warna biru
warna biru
pokok keduduk biru
 
 
Kebiasaan di temui berwarna jinga, mudah di dapati dimana-mana, malah menjadi kesusahan kpd petani. Isi buahnya yg berwarna hitam pekat boleh di makan dan menjadi kegemaran burung dan ungas. Ada yg mengatakan air buah keduduk di buat dakwat dan pewarna kain. Teman masa kecil dulu pun gemar buah keduduk ini.

ramai X suke tapi ladybird suka aku
Bila teman dah besar (tua) terdengar pulak ada orang mencari keduduk bunga putih yg boleh di buat ubat tertentu.. Mulanya agak pelik juga mana ada keduduk warna putih. Ini telah membuat teman bagitu teliti bila menebas dusun, mana tau terserempak lak gan keduduk putih. Akhir baru2 ni teman terjumpa gak gan keduduk ni, tapi pokok yg di tanam orang. Apa lagi minta izin ambil gambar dulu, tentang khasiatnya tunggu dulu. Tanya pemilik pokok apa khasiatnya , mudah jawapanya "orang kata jadi ubat, wallah hu'alam" hu hu hu.. Teman mula bertanya orang tapi tiada yg betul2 tahu. Akhirnya cungkil dari internet lebih kurang bagini yg saya dapat.
@ ubat terkena racun atau santau.
1. merawat luka, ubat rawatan ibu bersalin.
2. mengurang tekanan darah tinggi, menahan kesakitan.
3. minum airnya utk rawatan sakit perut akibat jangkitan ulser.
4. daun keduduk putih yg tua di tumbuk dgn kunyit hidup di campur air - mengubati cirit-birit dan berak berdarah.

Aku berbunga putih

buah aku berwarna oreng
Selain warna jinga dan putih saya juga menemui keduduk warna biru pekat di sebuah rumah di ULU Cheh,
tetapi tidak ketahui khasiatnya. Saya bertanya juga macik pemilik keduduk biru tersebut tentang warna keduduk biru ini , jawapan yg sama entahlah mungkin boleh buat ubat. sempat gak borak dengannya ia mengatakan ada keduduk berwarna merah pekat. ini yg nak kena cari ni... kot 2 boleh buat ubat pengasih kui kui kui..

Aku berwarna biru yg warna merah pekat biras aku.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net