Want your
own Fotopage?









 
alias's FotoPage

By: alias samad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Nov-2008 04:53 Email | Share | Bookmark
Bila aku sudah tua

walking tractor
aku ayam bapak
mesin getah
pum air
jah425
INGAT LIMA PERKARA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


aku adalah pemutar
hidup bergelumang lumpur
bila tua aku tersadai
terlantar berkeadaan lumpuh.



Berkuko aku bergegar-gegar
pantang dicabar aku menyerang
bini aku keliling pingang
dah tua tinggal saorang



aku kaki himpit
ambil peluang bila orang tersepit
bila getah merudum beberapa ringgit
terbiar aku di tepi parit



kerja aku menghisap air
memberi mampaat berjuta insan
bila aku lemas tak bernafas
jadilah aku model perhiasan



Cik JAH kereta antik ku
di belai disayang ketika dulu
bila dah dapat bini baru
jadilah aku spt. orang yg tidak perlu


ada satu benda yg org suka tak kira muda tak kira tua.. iaitu buah KELAPA Wed 26-Nov-2008 06:54
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Tua tu satu anugerah.. Wed 26-Nov-2008 07:02
Posted by:wak mustar eldiair@yahoo.com  - [Link]
Hehehe mcm2 lah idea uols ni... jarang orang ingat tua semasa muda... Wed 26-Nov-2008 10:21
Posted by:Layman  - [Link]
Berkukok aku bergegar-gegar

Pantang dicabar aku menendang

Dah Tua aku isi ku segar

Sedapnya aku di buat rendang.
Wed 26-Nov-2008 12:22
Posted by:Wak Kumis wakumis@dr.com  - [Link]
Cik JAH kereta antik ku

Di belai disayang ketika dulu

Sekarang dah tak pakai lagu tu

Banyak orang dah pakai yang baru......
Wed 26-Nov-2008 12:27
Posted by:Wak Kumis wakumis@dr.com  - [Link]
Kerja aku menghisap air

Memberi mampaat berjuta insan

Penat lah Haji nak bersa'er

Dah tentu benda tu dah tak berkesan
Wed 26-Nov-2008 12:34
Posted by:Wak Kumis wakumis@dr.com  - [Link]
Aku kaki himpit

Ambil peluang bila orang tersepit

Mak aku selalu menjerit jerit

Dah tua pun nak jadi Wak rempit..
Wed 26-Nov-2008 12:37
Posted by:Wak Kumis wakumis@dr.com  - [Link]
Bila tua aku tersadai

Terlantar berkeadaan lumpuh.

Masih muda aku bersantai

Tak kira jam dah sampai subuh....
Wed 26-Nov-2008 12:39
Posted by:Wak Kumis wakumis@dr.com  - [Link]
TU WAK BALAS PANTUN NOO TAK PA ZAI JD MENGADILNYER.. Wed 26-Nov-2008 13:22
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Tua tapi masih berguna .... agi hidup agi ngelaban
Re: sedap pantunnya
Thu 27-Nov-2008 01:13
Posted by:baning  - [Link]
Bersyukurlah jika usia sudah menjangkau setengah abad. Tak semua insan memperoleh usia sebegitu, masih bernafas di dunia sehingga usia itu. Tapi selalulah jagalah kesihatan.
Thu 27-Nov-2008 04:18
Posted by:@LoNa cintamanisz@ymail.com
Mesin getah tu jangan buang. Aji tanam tebu banyak2 buat mesin air tebu pulak
# Orang tua tu berguna kalau kita pandai memanfaatkannya
Thu 27-Nov-2008 05:43
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
hehehe banyak nya pantun dari wak...kira wak ni memang teror bab2 pantun ni kan...
dalam banyak2 pantun ct suka yg terakhir tu hehehe macam dalam jer makna nya
Cik JAH kereta antik ku
di belai disayang ketika dulu
bila dah dapat bini baru
jadilah aku spt. orang yg tidak perlu

Thu 27-Nov-2008 06:24
Posted by:cinta(ct) asitiazlina@yahoo.com  - [Link]
pak aji tu walking machine ala2 kubota kan kan ?
dulu kat kampung dirang bajak tanaj sawah pakai tu... kalau x silap saya la...

RE: haaaa memang pun kalau kat kampung dulu makan ngan ikan masin, pulut pun camtu gak.... ishh terliur dah ni..... kena lak musim2 ujan nih... aduh aiii..
Thu 27-Nov-2008 06:51
Posted by:iezah azizam  - [Link]
RE: POSING JER LEBIH TU ....TP TAK MERASA PLAK NAK MKN KEK SEJAK MENGANDUNG NIE ENTAH KENAPA TP DULU BUKAN MAIN G TGK KEK HA... Thu 27-Nov-2008 07:13
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
salam..
zaman kecik2 dulu sllu nmpak 'kubota' tu membajak bendang, bunyinya punyalah kuat, satu kampungpun boleh dengar
buah kelempung dlm entri bawah tu pun ada di kg saya, tumbuh tepi2 sungai.
Thu 27-Nov-2008 09:45
Posted by:zaiy  - [Link]
Berapa banyak pantun Wak Kumis sudah posting daaa???

Kesian mesin getah tue...
Thu 27-Nov-2008 11:02
Posted by:Mr AmiN  - [Link]
sedap pantun2 ni.......
lama tak tgk kebota..........
wah, wak kumis ni.........bkn main lg dia berpantun..........
Thu 27-Nov-2008 11:51
Posted by:baayah  - [Link]
BRG ANTIKK TUHH...ZAMAN SKG DI PANDANG SEPIII...TGG LER ZAMAN ANAK2 KITO DAH BERCUCU DAN BERCICIT..BARU LER BRG2 TUH DI CARIK DAN BERNILAI KANN... Thu 27-Nov-2008 13:29
Posted by:AZUE  - [Link]
>> senang cerita...semua yg bermula pasti akan berakhir...
>> setinggi mana helang terbang, sampai masa akan ke tanah juga...
Thu 27-Nov-2008 14:29
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Keretapi Bukit Bendera pun dah tua juga Fri 28-Nov-2008 21:47
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
wow..mesin getah tu.. lama tak nampak... teringat semasa saya kecil2 dulu tolong atuk dan nenek mesin getah kat kebun .... rindu pulak tetiba zaman kecik2 dulu... teringat kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan ..

Daalia
http://lea-oven.blogspot.com/
Sun 30-Nov-2008 08:48
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
mesin getah!!!!! teringat masa aku kecik2 dulu..err..zaman skrg ni ada lagi ke menda nihh?? Mon 1-Dec-2008 13:25
Posted by:jebuk711 jebuk711@gmail.com  - [Link]
menarik entry ni..
suka saya membacanya
Tue 2-Dec-2008 16:28
Posted by:izzo  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.