Want your
own Fotopage?









 
alias's FotoPage

By: alias samad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 20-Oct-2008 02:28 Email | Share | Bookmark
Pokok Kurma

anak pokok kurma
pokok ini berumar ~4t
pokok kurma di Sm As S'ggol
pokok kurma di belakang masjid Pokok Asam T'ping

Pokok kurma ini tumbuh di belakan rumah, umurnya lebih kurang 4 tahun.

Bulan Ramadzan 1429 baru saja belalu. Namun masih ramai lagi terasa kehangatanya, dengan puasa sunat enam hari bulan Syawal dan majlis jamuan raya. Tapi yang pasti ia telah pun meninggalkan kita. Apa kah tahun depan kita bertemu lagi??. Hanya Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya.
Entry saya kali ini mengenai pokok kurma yang menjadi amalan sunat memakanya di permulaan berbuka puasa. Megikut cerita pokok kurma Allah swt jadikan dari lebihan tanah yang membentuk nabi Adam as. Buah kurma mempunyai khasiat tertentu, mengandungi nilai serat yang tinggi. Ibu nabi Isa as, Siti Maryam hanya memakan buah kurma semasa dalam pantang.
Pokok kurma ini telah tumbuh dua pokok berhampiran rumah saya, selepas saya kembali dari menunaikan haji. Satu darinya telah mati akibat perpindahan tempat. Hanya satu pokok saja lagi yang saya jaga. Bersebelahan yang satu ini, masih terdapat sepokok lagi, tetapi oleh sebab ingin menjaga pertumbuhan yang sihat, yang satu ini saya buang. Timbul penyesalan pulak, sebab pokok kurma perlu kpd pasangan untuk berbuah. Kemungkinan yang saya buang itu pasanganya. hu hu hu..

Ini pokok kurma yg saya ambil gambar di Sek Men. Agama Al-Ahyah Syarif Gunung semanggol.
Batang nya penuh dengan pokok2 tumpang, mungkin perbedzaan iklim, kalau kat timor tengah batangnya bersih.

Sepokok kurma di belakang masjid pokok asam taiping.

saya pernah dgr gak pasal kurma ni.. sebenarnya pendebungaan kena dilakukan secara manual... Org2 arab mmg pakar la bab2 ni..kalu tak pokok kurma mmg takkan berbuah..

Coooppp!! 1st commentor..
Mon 20-Oct-2008 03:30
Posted by:wak mustar  - [Link]
teringat masa ct menunaikan haji thn 1998 dan thn 2002, dapat ke pasar kurma, manis betul rasanya lagi pun buah kurma ni bagus untuk kesihatan.ct mesti amik sehari sebiji setiap hari hehehe mama ct suka makan kurma najwa atau kurma nabi...
masa ct gi umrah pula kami dapat buat lawatan ke ladang kurma siap boleh petik kat pokok lagi best betul tu...
re:ct dah daftar awal2 lagi untuk ke kenduri pak cik PI..insya Allah kalau ada kesempatan kita semua akan berjumpa di rumah pak cik PI yer...
Mon 20-Oct-2008 05:05
Posted by:cinta(ct) asitiazlina@yahoo.com  - [Link]
Jiran iols ada tanam pokok kurma juga depan rumah beliau, menggantikan pokok yang ditanam oleh majlis tepi jalan depan rumah masing2... Dah besar dari yg umur 4 tahun tu, tapi muda lagilah dari yang kat Sek G. Semanggol tu...
x tau lah tuan rumah tu, tapi iols looking forward menunggu gak masa bila akan buah, nanti akan ckp kat uols...
Kelakar lak lihat yg menongkat nak tumbuh tu...
Mon 20-Oct-2008 08:44
Posted by:Layman  - [Link]
setahu saya pokok kurma kat masjid baling tu dah berbuah...
entah macamana rasanya...sama macam kat arab ke tak?
Mon 20-Oct-2008 14:10
Posted by:suargh  - [Link]
Tadi lepas minum kat kedai Johari saya ada la ronda2 kat sek Ehya tu.. pokok kurma tu diorg dah trim dah serabut2 yg kat bawah tu.. dah hensem dah.. huhuhu.. Pak Aji kena update ni.. Tue 21-Oct-2008 02:46
Posted by:wak mustar  - [Link]
wah..citer pokok kurma lak ni. Kat M'sia ni satu tempat aje leh tanam pokok kurma subur kalau nak ikut kesesuaian nama tempatnya lah kan, hehe. Tempat tu tak lain tak bukan GURUN, KEDAH.. Lawak tak..lawak tak Tue 21-Oct-2008 13:02
Posted by:@LoNa cintamanisz@ymail.com
Bulan pose je layan makan buah kurma ni...hehe.. Tue 21-Oct-2008 14:31
Posted by:Mr AmiN  - [Link]
>> so far tak pernah lagi dpt tengok pokok kurma kat malaysia ni... Tue 21-Oct-2008 18:21
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
PI pernah buat 2 entry korma berbuah di Butterworth. Cuba lihat
http://pemancingikan.fotopages.com/?entry=1525031
# memang betul ramai mencari remis disitu
Wed 22-Oct-2008 01:25
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
KALAU ZAI TGK MAYBE SANGKA POKOK KELAPA SAWIT HAA... Wed 22-Oct-2008 02:28
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
salam pak haji.
Pokok kurma ni kalau orang tak kenai mesti orang kata pokok kelapa sawit..salah seorangnya adalah saya..
Wed 22-Oct-2008 05:39
Posted by:<<man>>  - [Link]
A'aahhh sejibik mcm pokok kelapa sawit. Serupa tapi x samakan. Insya Allah klu pjg umur pokok tu dptlah menuai hasilnya nanti. Wed 22-Oct-2008 09:08
Posted by:jaja  - [Link]
huhu..kat GURUN KEDAH xdak pun pokok kurma..

re:ala lps nih kalo bleh online insyaAllah zira jenguk kengkawan
lgpun zira dpt keja dekat jer lps sikit dr sempadan nibong tebal tu..dekat² ngan parit buntar
Wed 22-Oct-2008 10:41
Posted by:zira  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.