Want your
own Fotopage?









 
alias's FotoPage

By: alias samad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Sep-2008 02:16 Email | Share | Bookmark
Makam Long Jaffar

Makam Long Jaffar
biodata, baca le!
tembok makam
komplex makam
tembok kota(sebahagian yg tersisa)
agro chalet

Bila anda melalui jalan Taiping / Kuala Kangsar Perak anda akan melintasi Bukit Gantang. Bukit Gantang bukan saja terkenal dgn buah durian tapi tempat orang2 yg ada sejarah dlm Tanah Melayu. Dari Taiping sebelum sampai Bukit Gantang terdapat signboard 'Makam Long Jaffar'. terletak tidak beberapa jauh di belakang masjid. Saya pernuh belajar sejarah mengenai Long Jaffar ni, tapi yg lemah nya, dah tahu makam dia ni ada kat sini tapi tiada berkeinginan untuk melawat. ialah kan , bukan ada apa2 cuma kubur lama je.. bila dah jadi warga FP baru lah nak ambil tahu, nanti tiada modal lak FP aku tu, depa kata FP bersawang hu hu..
Pagi ni 6/9/08 bersama orang umah balik dr pasar Matang. (Matang ni pun tempat sejarah gak anak Long Jaffar (Ngah Ibrahim)) sila ke FP http://gebang.fotofages.com/?entry=1669735. Singah lah kami melawat makam Long Jaffar hadiah al-fatihah. Yang peliknya orang umah aku tu orang bukit gantang tapi tak pernuh sampai tempat ni , dia tak belajar sejarah ke? atau bila sejarah tu tempat sendiri rasa2 semua dah tahu dan tak yah ambil tahu hu hu hu...lepas melawat makam ni saya terus membawa orang umah kedalam lagi, saya tahu dia tentu tak nah sampainya, kalau makam ni tidak beberapa jauh dari jln besar dia tak nah sampai, tambah pula bhg dalam tu. sekali ni taget aku nak melihat kesan peningalan lama station keretapi bukit gantang pada zaman jepun lak. Tapi sayangnya kami dah terlewat, tapak ni dah diambil alih oleh Syarikat Germuda yg membina rel berkembar keretapi laju M'sia. Kami keluar balik di tempat kami dapati ada simpang sebelah kiri, di sini kamidapati ladang pemeliharaan ayam, kambing lembu utk program agro pelancungan. tapi yg nampak kandang nye aje , kambing nye tiada. last sekali kami jumpa agro chalet.

re: merajuk pasal kitorang dah nak balik.. dia x kasi balik.. dia siap kata..
acik nie, balik esok2 la.. heheh.. cian lak ha dia, tapi nak buat camne..
tiap kali kamu balik merajuk kalu dah time nak balik, x nak salam la aper la..
muka masam mencuka.. tu pasal picas dia kali nie masam jerk
Mon 8-Sep-2008 06:56
Posted by:Watie sis_plano79@yahoo.com  - [Link]
satu tempat yg bersejarah good info la ...
nanti boleh la ct gi lawat kan
Mon 8-Sep-2008 22:02
Posted by:cinta(ct) cintasatu_78@yahoo.com  - [Link]
menarik.. sebab ada unsur sejarah.. tu yg menariknya.. saya pun tak penah sampai situ.. Kubur Panglima Bukit Gantang ada tak? Tue 9-Sep-2008 07:44
Posted by:wak mustar
re: to wak mustar
>> dlm komlek tu ada banyak lagi kubur, mungkin sukusakat keturunannya, tapi bila kita di jln besar kita nampak lagi satu kubur dekat masjid yg tetap terpelihara. tak taulak tu kubur sapa, dulu aku sangka kubur tu lah pusara arwah Long. tak pun tanya orang pakai agak je. ni satu lagi kelemahan ku.
Tue 9-Sep-2008 08:08
Posted by:badungcamp miaaa_as@yahoo.com.my  - [Link]
Laa...stesen ketapi lama Bkt Gantang tu dah takde ke? Dah dimusnahkan sebab projek rel baru aje?
Huh! dari tahun lepas dah ajak wakmustar p lawat stesen ketapi lama tu sebab nampak signboard kat tepi jalan tapi tak ter pi-pi. Nampaknya takde rezeki laa tgk sejarah dan kenangannya tu.
Takde rezeki laa nampaknya
Tue 9-Sep-2008 14:13
Posted by:@LoNa cintamanisz@ymail.com
>> orang pertama yang menjumpai bijih timah di malaysia...
>> hehehe...
>> ingat lagi sejarah masa kat sekolah...
>> kerana long jaffar la perak menjadi kaya raya...
Tue 9-Sep-2008 16:30
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Siapa sebenarnya Long Jaafar?

"Setiapkali kita membaca artikel mengenai Sejarah Negeri Perak, sudah pasti nama Encik Long Jaafar ini disebut sebagai nama orang yang menjumpai bijih timah di Larut Perak dalam tahun 1848.

Kononnya ketika menaikki gajahnya terlekat lumpur yang mengandungi bijih timah pada kaki gajahnya. Agak menarik cerita tahayul ini memandangkan bijih timah telah lama menjadi sumber perdagangan jauh lebih awal dari tarikh tersebut misalnya di Kota Beruas.

Cuba kita renungkan, mampukah pada zaman itu untuk orang kebiasaan membeli dan memelihara seekor gajah sebagai kenderaan seharian. Di zaman dahulu seekor gajah yang cukup terlatih pada masa itu sangat mahal harganya.mencecah ribuan ringgit seekor, itu belum masuk menggaji orang yang menjaganya lagi. Mampukah seorang kebanyakkan yang belum menjadi Menteri seperti Encik Long Jaafar ini memiliki seekor gajah yang saya kira pada hari ini ibarat memiliki sebuah kereta Rolls Royce?


Jika kita lihat dari aspek sejarah, Perak pada ketika itu adalah dibawah jajahan Kedah. Ia bukan Kedah seperti hari ini tetapi Nagara Kedah Pasai Ma yang diperintah oleh orang-orang Siam Islam. Jajahan kerajaan ini bukan saja daerah Perak (termasuk Selangor), malah Melaka (termasuk Johor dan K.Riau), Acheh, Champa Filipina hingga ke Timor Leaste. Sebelum campurtangan Inggeris untuk menubuhkan negeri-negeri Selat, Maharaja Siam Islam Negara Kedah ini masih lagi memerintah di Kedah dan bersemayam di Kota Meng Kuang (Bandar Darul Aman) Jitra Kedah. Akan tetapi dalam sejarah Negara kita hari ini, nama-nama mereka telah diketepikan dan dipadamkan dari sejarah negara.

Mereka ini dipersalahkan kononya pernah menyerang Kedah suatu ketika dahulu. Ini tidak benar kerana serangan keatas Kedah dahulu bukannya oleh orang-orang Siam Islam tetapi oleh tentera-tentera Thai yang beragama Buddha. Sebelum itu, orang-orang Siam Islam ini memerintah Empayar Ayuthia dan mereka kembali ke Kedah selepas Ayuthia ke utara Bangkok itu di tawan oleh orang-orang Sukuthai (puak thai) dari LannaThai dalam tahun 1767.


Yang dikatakan sebagai Encik Long Jaafar ini adalah anakanda kepada Maharaja Siam Islam ketika itu bernama Syah Alam Yang Maha Mulia Tengku Syed Alang Alauddin. Nama ini kurang dikenali namun baginda lebih dikenali melalui gelarannya iaitu Panglima Bukit Gantang. Berbalik kepada Encik Long Jaafar ini, nama sebenar baginda ialah Tengku Long Jaafar (bahasa Siam disebut Nai Long Jaafar).

Baginda telah dilantik oleh ayahanda baginda Syah Alam Yang Maha Mulia Syed Alang Alauddin sebagai Menteri untuk mengawasi pengeluaran bijih timah di Larut. Apabila ayahanda baginda mangkat dalam tahun 1862 baginda ditabal di Berahman Indera (sekarang Balai Besar, Alor Setar) menjadi Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Jaafar Madzam Syah, Maharaja Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma. Baginda kemudiannya melantik Ngah Ibrahim menggantikan tempat baginda.


Gelaran Syah Alam yang Maha Mulia bukan direka-reka tetapi tertulis dalam buku Undang-Undang Kedah yang mula ditulis dalam tahun 220Hijrah (799 Masihi) semasa Seri Sultan Jamal Al Alam Badrul Munir memerintah Acheh. Maksudnya, manuskrip undang-Undang Kedah ini sudah berusia 1208 tahun dan Acheh adalah jajahan Nagara Kedah pada ketika itu.(1)


Baginda Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Jaafar Madzam Syah, Maharaja Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma yang terakhir, telah dibunuh oleh Inggeris dan Thai dengan kejam (dipijak dengan gajah sebagai teknik penghinaan Thai) di belakang Balai Polis Gurun dalam tahun 1876. Kedah kemudiannya dijajah oleh Thai dari tahun 1876-1881. Makam baginda teletak di Makam Di Raja Siam Islam, Kedah Pasai Ma di Kampung Tualang Kedah, bersebelahan dengan makam ayahanda baginda, Tengku Syed Alang Alauddin.

Sun 14-Dec-2008 16:59
Posted by:PencintaSejarah
Re: Pencinta sejarah,
T/kasih sudi menurunkan kesah, Bagi saya tidaklah menafikan dan tidak pula meniyakan sesuatu. Dalam pandangan saya yg lemah sejarah ada kebenaran kelemahan fakta di beri dlm sesuatu hal. Fakta ini boleh diolah alih mengikut selera. Sekiranya hal yg tidak memehak atau tidak selari dengan kehendak yg berkuasa mengeluarkan fakta. Ia mungkin akan menampakan kebenaran kepada yg berkuasa mencatat sejarah , siapa tahu hal2 lama yg tidak kita alami. wallah hu'alam.
Tue 16-Dec-2008 06:05
Posted by:badungcamp  - [Link]
Untuk maklumat lanjut saya cadangkan saudara layari website ini Wed 17-Dec-2008 16:06
Posted by:PencintaSejarah  - [Link]
cekam.com Tue 3-Feb-2009 07:01
Posted by:madrasahulucheh  - [Link]
cekam@ulucheh Tue 3-Feb-2009 07:04
Posted by:madrasahulucheh  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.