Want your
own Fotopage?









 
alias's FotoPage

By: alias samad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-Aug-2008 00:44 Email | Share | Bookmark
Ulu Legong & majlis perkahwinan ipar Abang Chik

Ulu Legong terasa kepanasanya
Chalet air panas ulu legong
boleh bakar membakar
panorama ulu legong
Akma tak berani mandi di sini
tengok tu berasap
Akma bebas di tempat exclusive
Dia orang tak berani di sini panass!
reflecsi air
lepas hujan orang tak ramai
Shila hanya berpuashati dgn wab saja
sempat gak ambil dokong
buah dokong , Sik Kedah
Banglo mertua Abang Chik
apa yg di bisik tu..
anak2 Kedah ni memang hebat
landskap perkarangan banglo
anugerah kasih sayang abang Chik
majlis santapan di raja
Umi Robiah (mak Arab M'sia)
Abang Chik & Zety melayan mak2 menakan pulang

Masa cuti sekolah memang ditunggu-tunggu oleh mereka yg ada perancangan. Ada yg nak Kawin, ada yg nak melancung dan ada yg yg ambil kesempatan...macam aku ni...Peluang jemputan perkahwinan ipar abang chik(anak buah) di Alok Stak dipergunakan utk menziarahi kaum kerabat dan singgah tempat2 rekreasi yg belum pernah dilawati. Bermula dr B Gantang, isnin 18/8/08 hujan turun gan lebat sepanjang perjalanan. Sedikit sebanyak telah mengubah kelancaran dan perancagan perjalanan. Pada mulanya hendak berkelah di air panas Ulu Legong, tapi tidak, kami terpaksa berkelah aje di rumah bisan aku di kg. Plang. Ok gak dapat rasa ikan loma fresh dari sungai yg memang kena pada musim nya di Grik. Lepas sembayang jama' kami terus menuju pekan Kroh (la ni Pengkalan Hulu) dan memasuki daerah Baling Kedah. Sampai Kg. Lalang kami menyimpang ke Ulu Legong tapak rekreasi air panas. Hujan masih lagi turun di sini dlm keadaan gerimis , lembab dan sejuk. sesuai ni utk berendam. tapi ?? panasnya kecuali tempat budak2. Oleh sebab umah kak ipar tidak jauh dari sini iaitu di Pekan Sik, jadi kami tidak bermalam di chalet atau rumah tumpangan yg kelihatan bergantungan iklan di luar tapak air panas.
19/8/08 pagi saya membantu dan belajar memasak nasi tomato 2 kawah. Kebetulan lak biras saya ni membantu dlm persediaan kenduri besanya ari ni di Alok Stak(backup) selain contrak yg sedia ada. Kira2 kul 12 kami bertolak lak ke Alok Stak. Sampai tol Gurun terjerembab lak gan konvoy penganting yg sedang menyusun kenderaan. Pasangan yg kawin di Alok Stak ni memang orang Sik. Kami buat tak nampak je..tapi di highway kami turut berkejaran saolah kami pun rombungan penganting gak hu hu ..tumpang glamer. Sampai tol Alok Stak utara kami terus perjalanan ke umah penganting. tinggal depa yg menyusun kenderaan samula. Kami di sambut oleh Abang Chik dgn pakaian rasmi keluarga penganting , puh. hebat gak depa ni. Oleh sebab kami ni kebanyakan emak menakannya jadi adalah sikit kelebihan. selepas makan kami di pelawa kedalam umah, utk melihat anak sulung abag Chik yg belum lagi kami lihat. Lama gak mak2 menakan abang Chik ni duduk dalam umah, mungkin yg paling seronoknya si Ruby tu kot. Keluarga mertua Abang Chik ni adalah mereka yg prihatin gan orang, walau pun bukan keluarga. Isteri Abang Chik 'Zety' masa tu dlm pantang pernuh menjemput anak saya 'Iylia' di bandar Alok Stak, semasa Iylia akan menghadiri temuduga Juru Photo pada esoknya, dan menumpang bermalam di banglo mewah ini. Jadi tak heran lah kalau si Ruby ni kehadapan dalam apa2 hal...
Selepas Zohor kami terus pulang ke Perak melalui lebuh raya utara selatan. Depa minta singah lak di P pinang , umah anak buah gak yg buru dapat anak ke dua lak. Walau pun letih singgah gak lah pasal dah lalu P pinang. Malam baru sampai umah , esok nak keja ..hu hu letihnya.........

ni sambil pi kenduri sambil makan angin la ni.. kira pakej.. hehehe.. Fri 22-Aug-2008 04:19
Posted by:wak mustar eldiair@yahoo.com  - [Link]
Hai salam perkenalan..
>>musim cuti sekolah.. kenduri kawin pun mula la.. bederet2 jemputan...
>>wahhhh durian kat bawah tu.. mengoncang iman betul aa..
Sat 23-Aug-2008 03:00
Posted by:watie  - [Link]
>> tahniah untuk pasangan raja sehari... Sun 24-Aug-2008 16:33
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Salam dari Wak kumis buat pemilik FP ini serta Pengantin yg baru lagi,masih bau inai kat jari,bau nasi minyak kat dapur,bau sampul surat dlm bilik,dan masih bau Wangi segalanyer............Baru kawin katakan...... kentut pun dier kata bau wangi...he he he..

Re:Apa salah nyer dapat hadiah banyak dari kawan2 FP yg sentiasa memeriahkan suasana FP,Tut Cute memang Cute dari semenjak dier ni Komen kat FP Wak dari hari tu lah dier dah termasuk ketogeri kawan Wak kumis Teksi Singapore....sama lah yg sekarang Wak melawat FP ni
Tue 26-Aug-2008 04:11
Posted by:Wak Kumis wakumis@dr.com  - [Link]
Salam perkenalan juga dari wak Kumis Teksi Singapore........................Wa caya lu Beb...........

Kawan bukan aper cumer nak ramaikan kawan2
Tue 26-Aug-2008 04:16
Posted by:Wak Kumis wakumis@dr.com  - [Link]
SALAM KENAL DARI ZAI KULIM....

DARI MANER NIE???RASANYER BARU 1ST TIME ZAI MASUK FP NIE...
Tue 26-Aug-2008 07:11
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
he he!! salam perkenalan kak zai..leh kan panggil kakak.
selalu gak jumpa zai ni kat gebang.fotopages. always the first commentor, if not hu hu hu..thank kak zai. .... . alias.
Tue 26-Aug-2008 08:27
Posted by:badungcamp miaaa_as@yahoo.com.my  - [Link]
comel nya baby tu...bukan apa ct ni pantang tengok baby teringin sangat nak anak sendiri tapi belum rezeki la katakan huhuhu
salam kenal dari ct @ cinta di love lane...senang2 nanti jengah le ke love lane yer
Thu 28-Aug-2008 01:05
Posted by:cinta(ct) cintasatu_78@yahoo.com  - [Link]
utk ct.. dalam hidup ini kita jangan berputus asa, berbanyakan iktiar memohon kpd Allah swt. ni dah nak masuk Ramadan, banyak masa mustajap utk berdoa, insya'Allah cita2 ct tercapai..amin Thu 28-Aug-2008 07:23
Posted by:badungcamp miaaa_as@yahoo.com.my  - [Link]
Alias Terima lah hadiah dari Wak Kumis tanda persahabatan serta ucapan selamat berpuasa.. Thu 28-Aug-2008 17:08
Posted by:Wak Kumis wakumis@dr.com  - [Link]
Nak tumpang letak iklan...

Nantikan PROMOSI MEGA SALE
15/06/09 - 6/7/09
Kunjungila beramai2 di http://www.duriankahwin.com/
Jika ada sebarang pertanyaan,
bolehlah hubungi kami di admindkc@gmail.com
atau 0162149995 ataupun berinteraksi dengan saya di YM.
YM id saya adalah nuownz.
Kami akan membantu anda.
Jgn lepaskan peluang anda...

Wed 10-Jun-2009 03:22
Posted by:Duriankahwin.com admindkc@gmail.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.