Want your
own Fotopage?









 
alias's FotoPage

By: alias samad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Aug-2008 00:53 Email | Share | Bookmark
Ujung minggu 1 Syaaban 1429

Puteri SMKA
Gerai 1&2 Ayam Bakar
Gerai2 jualan
privacy
Sudut hiasan
hiasan seramik
perubatan darul siffah
Pengurus gerai ayam bakar
Saya & cik nor di p cerry
perangkap lalat buah
Hairi & adik2
Pak su , Nyah & ciku
Pak ngah & Sani terus potong dahan
cerun di belakang umah kak Mah
Minggu ni saya tak ke dusun, Sekeluaga kami ke SMKA Krian ada karnival kerjaya. Di karnival ini Arif dan kekawanya berniaga ayam bakar di salah satu gerai jualan. Setelah sampai kira2 jam 10.15pagi saya mencari Arif di setiap gerai jualan, tapi tak nampak batang hidung pun. Jadi kenalah buat iklan kat radio SMKA, rupanya dia tidur, setelah semalaman buat persediaan perencah ayam, he he kecian dia. Pukul 11.30pg gi lah saya bersamanya ke gerai jualanya utk beli ayam bakar dan ambil gambar. Ada lak pelajar perempuan minta suruh ambil gambarnya. Mungkin mereka perasan saya ni ayah Arif. Tak kisah lah , setelah ambil gambar saya beri tahu arif 'abah perlu balik utk jemputan doa selamat di Ckt Jering lak umak baru kawan abah' di belakang b polis. Fuh. makanan banyak berbagai dengan buah2an. Apa lagi makan tgh hari kami sekeluarga disitu. Jam 1tgh setelah minta diri kami terus keselatan unk satu lagi jemputan kenduri arwah yg kini di buat oleh ayah saya sendiri di Pulau Cerry , Luat Kota Tampan. Kepala tersa berat lak mungkin makan kurma kambing kut. perjalanan lak memang menuju jalan balik ke umah, jadi mulalah berbelah bagi ni!. Balik umah tidur ke? teruskan perjalanan?. Akhirnya ambil keputusan terus perjalanan ke umah ayah saya di seberang sg. perak selepas muzium PERAKMAN Kota Tampan. Sampai kira kul 2 ptg. orang kampung masih ramai lagi tengah makan. Oleh sebab perut ni masih kenyang, saya makan lansat dulu, kebetulan lansat kat sini menjadi. Rupanya kesemua adik2 saya disini kecuali yg dah meninggal ..Jadi 9 semuanya gan keluarga masing. Pukul 3 semuanya pakat hendak ke Grik lak. masih ada sorang lagi tak datang sebab demam. Oleh sebab semua nya gi . jadi saya kena gi jugalah. Berangkat kami 8 keta kesana lak. Ada yg berangan nak pergi mandi sungai, memang di sana terdapat tempat perkelahan dan berbagai lagi. Tapi semuanya ini terbantut sebab musim buah. Sekeliling umah kakak saya yg sulung ini penuh gan buahan. Sampai je setelah berehat jap sambil minum2 , masing bergerak mencari buah. ada yg terus makan duyan di belakang umah, ada yg pergi cari sendiri di bawah pokok, takut nanti ada orang lain yg pegi dulu, ada yang panjat manggis, ada yang panjat ciku. yang bebudaknya lak terus ke pokok rambutan yg rendah, tapi yg hebatnya ada yang terus bawa gergaji he he.. Saya buat tak kisah je! eekk! le kunun sebab ada dusun he he biak kat depa.he he.
Setelah hujung petang masing bawa diri gan keluarga balik ke distinasi sendiri. ada antaranya balik ke Penang melalui Pengkalan hulu dan sebagainya.

>> macam macam aktiviti ni...
>> memang terasa seronok bila tiba musim buah ni...
Tue 5-Aug-2008 18:03
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Alhamdulillah, sesungguhnya rahmat dan nikmat Allah swt amat luas, Nikmat paling tinggi nikmat Islam & iman..semoga saya dan saudara saya juga (jeff) tetap dlm. iman & bersyukur dgn nikmatnya.. Wed 6-Aug-2008 00:58
Posted by:badungcamp miaaa_as@yahoo.com.my  - [Link]
Waahh.. jauh Pak Aji ni berjalan.. sampai Pulau Cerry.. kat mana tu? huhuhu.. saya pun tak pernah sampai situ..
Sesekali berkumpul adik beradik mcm ni mmg seronok..
Wed 6-Aug-2008 01:19
Posted by:wak mustar  - [Link]
wah happening nya aktiviti kat sini Wed 6-Aug-2008 05:35
Posted by:cinta(ct) cintasatu_78@yahoo.com  - [Link]
Kat pulau cerry tu banyak ke pokok buah ceri? heheh Wed 6-Aug-2008 09:58
Posted by:@LoNa
Pulau cerry tu nama sebuah kampung di pesisiran sg perak, bukan pulau, tak tau lak bagaimana dinamakan pulau. dulu2 kg ni memang payah di kunjungi orang luar, tiada jln perhubungan. kena naik sampan. la ni ada jambatan. Kalau pernuh ke Muzium archaeology, jln tu lah terus ke sg perak. Thu 7-Aug-2008 00:33
Posted by:badungcamp miaaa_as@yahoo.com.my  - [Link]
dah agak pak aji mesti bubuh gambar tu kat atas.. hehehe.. Tapi mmg cantik.. Fri 8-Aug-2008 04:10
Posted by:wak mustar eldiair@yahoo.com  - [Link]
ohh, agaknya dinamakan pulau pasal nak p kg tu dulu2 kena naik sampan kot. Kunun2 naik sampan nak ke pulau laa tu Mon 11-Aug-2008 03:07
Posted by:@LoNa
agak gitu le kot, kemana teman weii? ke pulau.. tapi seberang sg perak je ! he he ia lah tu Mon 11-Aug-2008 03:43
Posted by:badungcamp miaaa_as@yahoo.com.my  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.