Want your
own Fotopage?









 
alias's FotoPage

By: alias samad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Jul-2008 00:54 Email | Share | Bookmark
Pantai Cenang & Pantai Tengah Langkawi

Laluan ke pantai EB Motel
Pantai cenang arah selatan
merata pasir pantai
Cenang susana subuh
My friend (Zahari) on duty
My friend again
suasana pagi pantai cenang
kaw. memancing dilihat dr p cenang
tangga mengelilingi anak bukit
pantai cenang dr atas bukit
lorong turun ke pantai
pandangan tempat memancing dr atas
pantai tengah waktu pagi
tem. memancing hala p rebak
susana pagi tem. memancing
tanjung batu
pantai tengah
menyusur ke pantai tengah
subuh yg sunyi
buih2 terdampar
garis2 permisahan
tempat memacing dari p tengah
Krew2 pantai pebble
 
corak batik p cenang anak ketam je buat
Kedatangan solo sebagai separa pengelola group GSL ke 3, memberi peluang kpd ku menyelidik tempat2 menarik di dua pantai tersebut. Terdapat banyak chalet, resort maupun hotel di dua pantai ini, dgn berbagai prog. percutian yg menarik di tawarkan. Saya meninjau kesemua chalet di sepanjang pantai cenang dan satu 2 di pantai tengah. Apa yg menarik...kedua-dua pantai ini di pisahkan satu anak bukit yang berpantai batu tersusun ciptaan Allah swt. Oleh sebab saya membuat peninjauaan, jadi bukit ini tidak terlepas dari penyiasatan saya. Bermula dari Motel Delta ia itu di penhujung pantai cenang, saya menyusul dari pantai hingga ke kaki bukit. Terdapat pembinaan titian baru tepi pantai hingga ke kaki bukit dan bangunan baru saolah limbungan kapal dlm pembinaan. Bangunan ini mungkin kemudahan asas Underwater world. Dari sisi bangunan ini terdapat anak tangga mendaki bukit. Saya menyusul tangga ini hingga lah ia semakin menurun kembali dan memasuki kawasan semak dan pokok rimbun. Saya berpatah balik ke atas hingga ketempat yg saya dapat kesan ada lorong penurunan menggunakan tali ke bawah kawasan pantai. Rupanya terdapat tanjung berbatu tersusun yg indah sebagai tempat memancing. Terdapat beberapa orang pemacing yg memang terdengar pegerakan mereka dari puncak bukit. setelah berihat sebentar dan mengambil gambar saya mula mengarah ke pantai tengah pula. Keadaanya hapir sama dgn pantai cenang, banyak penghuni chalet mandi pagi dgn keluarga masing2 cuma tidak kelihatan orang berjogin dan bermotosikal seperti pantai cenang. Sambil melewati beberapa chalet (green hill motel) tepi bukit, saya mencari-cari permulaan tangga dari sebelah pantai tengah tetapi gagal, hinggalah saya melintasi tepian restoran kg siam. Dalam perasaan tempat ini pernah saya datang sebelum ini pada waktu malam. Agak terperanjat saya kini berada di depan Underwater world dgn berpakaian tracksuit lusuh berpasir t-shirt pakai tidur dan berselipar. Teringat dulunya ketika datang kesini saya dgn berpakaian kemas, tempat lawatan antara bangsa katakan. he he hee lucu lucu...
Setelah melewati UWW saya masuk kembali ke pantai cenang melalui Delta motel. sempat gak berborak dgn penyambut tetamunya he..he.. sekali sekala katakan huu,hu haru biru di buatnya...saya terus menyusur pantai ketempat penginapan EB motel. Ini lah peninjauan yg tidak ada dlm aturcara lawatan, Sedikit tip ...tempat rehat tepi pantai yg menarik ialah Motel Delta di pantai Cenang, manakala Charlie Motel sangat menarik di pantai Tengah dgn kemudahan restoran...he he ini bukan iklan cuma cita rasa saya saja. semua tempat ada keistimewaannya tersendiri megikut kedudukan, keselesaan, layanan dan berbagai lagi. Selain pantai Cenang saya juga meninjau pantai Pebble (Datai) tempat mencari ketam karang dan remeh bila air surut. Selamat datang ke Langkawi pulau legenda.

Oohh..yang pjg mcm jambatan + tembok kat laut yg nampak dari pantai Cenang tu adalah alun-alun. Tujuan pembinaannya adalah untuk menahan ombak kuat berserta angin kuat dari laut menghakis daratan bagi melindungi kawasan airport yang betul2 berhampiran dengan laut. Secara tak langsung..ia juga melindungi airport dan kawasan2 yang sewaktu dengannya dari bencana Tsunami jika berlaku lagi..Tempat tu juga dijadikan 'pot' orang yang giler memancing. Itulah penerangan yg kami dpt drp seorang penduduk tempatan di kawasan tu..hehe.
Charlie Motel kat Pantai Tengah tu adik wakmustar dah penah dok menginap. Nampak macam best..tapi tak brp best sebenarnya. Tp kalau bajet kecik..nak kata apa ye? Bersyukurlah dari takde lgsg..
Thu 10-Jul-2008 02:40
Posted by:alona
Tapi betul ke apa yang saya terangkan tu ada kena mengena dgn penyiasatan pak aji? huhu..
Tapi kalau nak tau..alun-alun tu sebenarnya adalah siri penyiasatan saya 3 tahun lepas. Nasib baik terjawab kali ni
Thu 10-Jul-2008 02:48
Posted by:alona
ceritanya sedap.. pekat.. melekat.. tapi kalau takde gambarnya, takde makna.. hehehe.. Thu 10-Jul-2008 06:59
Posted by:wak mustar  - [Link]
Fulamak ada orang lain lebih advance dlm siri penyiasatan..syabas..teruskan siri penyiasatan kita ini di pulau lagenda....mana tau boleh dapat pangkat dato' ke? datin ke?...he he... nak siasat gak mana tau kod ada dlm salsilah keturunan Mahsuri...hu hu.. Fri 11-Jul-2008 03:30
Posted by:miaaa
hehe..bila tgk gmbar yang pak aji taruk ni, baru saya tahu..penyiasatan yg pak aji laporkan tu takde kena mengena ngan siri penyiasatan saya 3thn dulu, huk aloh!
Tak mengapelah, sekurang2nya kita saling bertukar info dan pengetahuan, iye dak? kuikuikui..
3 thn dulu tu tak dpt nak siasat sbb ikut program ngan bas. Tak sewa keta. Sebenarnya, jln2 kat Langkawi ikut bas tak best. Takleh nak explore. Pastu, turun aje bas..ada orang stanby tangkap gmbr kita. Rasa mcm popular laa sat, hehe
Pastu, p lak tempat lawatan lain..tiba2 aje nampak gambar kita dah siap jadi piring, kalendar..harga RM15, wakaka. Tapi kitorang taknah beli pun..pasal muka masa tu tak cun langsung..berminyak!
Fri 11-Jul-2008 08:14
Posted by:alona
huhuhu.. alona dah konfius.. saya lagi la konfius.. dalam gambar aji tu takde jambatan.. yg alona maksudkan 'jambatan' tu ialah di sebelah menghala ke airport.. kalu lalu tepi pantai menghala ke pdg matsirat tu nampak la.. bukan jambatan tapi sebenarnya penghalang alun2 ombak.. Sun 13-Jul-2008 09:10
Posted by:wak mustar
Pada mulanya konfius gak dgn komen Alona, walaupun dah agak dah. dgn maksudnya. Oleh sebab saya belum turun gambar saya tak mau ulas lagi , tapi ok sebelum ni saya pun tak tau tujuan utama tembok ini dibina, yg saya terfikir juga mengapa tembok ini di bina ketika datang pada th 1996 semasa menginap di Langkasuka resort yg telah pun kelihatan dr pantai pembinaanya. tak sia-sia gak siri penyiasatan Alona ni Mon 14-Jul-2008 01:15
Posted by:Aji alias miaaa_as@yahoo.com.my


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.