Want your
own Fotopage?









 
alias's FotoPage

By: alias samad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 30-Jun-2008 05:05 Email | Share | Bookmark
Langkawi kali ke 4

Shila & bas
Ferry yg bakal membawa kami
like father like daughter
Dalam ferry
Ini keluarga bahagia
Iylia belatar belakang bangunan MARA
puh sihatnya
lagi keluarga bahagia
Pekan Kuah
Bersantai kat kolam renang bayview
Akma & Akis
Berbincang stratigi esok
masih kenyang pun sebat juga
ketam terbakar
Arif memang tak lepas peluang
Posing ngn mak Arab
Akma & ruang tamu apartment
Pingiran kolam renang Century Suria
Shila & keta barunya
Kak Ya & Kema
Iylia ngn botol minyak raksasa
Lupa diri bila pekena sheesha
lagi keluarga bahagia
apa kena Arif ni
Latihan persediaan ke bulan
minah rampit
sama2 naik (Ruby & Akis)
Budak renjung
Apa kenalak orang tua ni
keluar dr mana ni
cow-boy Mac Cincang
macam kat oversea je?
heroing film hindustan
gaya apa lak ni?
Dataran helang
Dataran helang
Kuala Kuah
Roda dah jam (berat sgt kot)
Ferry balik
Ini lah Keluarga Fadzil
selamat tinggal 511
Kedatangan kali ini sebagai memenuhi impian tahun 2006. Kebetulan lak tidak terikat dgn prg ejen pelancungan, so bebas sebebasnya. Jadi sampai je ke pekan Kuah, maknya tidak tertanguh tanguh terus shoping (balas dendam la tu). Jadi kami adalah keluarga terakhir kump.1 check in di Century Suria. .....Arif,Shila & Akma terus berenang hingga hampir gelab, sms datang memperingati time BBQ, masa dah suntuk, bergegas suruh bebudak naik berpakaian , siap utk BBQ di perkarangan kolam renang Bayview hotel. Ingat dah lewat, rupanya masih ramai lagi tak sampai. Sempat juga posing di sekitar kolam renang. Oleh sebab perut ni masih kenyang , jadi rasa juga serba sedikit makanan yg disediakan, walau pun semuanya favourite belaka. sepatutnya BBQ ini dibuat pada hari kedua, baru gam. Masa turun ke lobi jumpa lak dgn mak Arab, anak2 aku yg boleh juga berbasa Arab sedikit sebanyak terus borak dgn mak Arab lak siap posing pula ngn anak dia bernama Leala & Salleh. Pas tu depa sambung shoping lagi dlm keadaan kedai dah nak tutup. lantak

Esoknya pagi2 lagi dah turun breakfast, target utama selepas breakfast ke Gunung Mat Cincang (cable car). Sempat gak tanyak Fadzil orang pertama turun dgn semangat berkobar-kobar nak pusing pulau ngn keta barunya, rupanya dia juga nak ke mt. mac cincang, puh!! lega dapat follow dia, sekurang-kurangnya tak lah turun kereta tanya orang kalau sesat he he.. lagi pulak dia ada vidiocam lagi smart. Dlm perjalanan singah tempat gamat, tiada lak cameraman nak ambil gambar, klu ada nak bergaya habis habisan he he...singgah lak petronas quay , posing kat kapal layak jap. bila na keluar Arif lak suruh ambil gambar dia di tingkat atas dari bawah. Fadzil lak turut sama ke atas, apalagi Fadzil telah mengesan hall mini sains ada kat atas sana, masuk percuma. Apalagi 2 keluarga serbu lah nak uji minda. Dah puas menguji kebolehan kami beredar lak ke pantai Kok dan rumah api dan terus ke Gunung Mat Cincang.
Ini lah masa yg ditunggu-tunggu setelah gagal pada tahun 2006. Punyalah ramai boleh lihat berbagai bangsa ada menunggu giliran. Setelah mendapat sedikit petua dari Alona (Ina) kami sekeluarga turut berbaris menunggu masa utk berlepas. Hujan lak turun agak lebat. Keluarga Fadzil dah pun berlepas. Semasa dapat giliran kami tidak dibenar naik gendola, pulakk..pasai pengelola gendola beri tahu ada penumpang menunggu di station satu, aku buat buat faham tapi tak faham. semasa berada dlm gendola terasa gak gayat, tiba2 gendola kami berada dlm kabus tebal, puh macam dlm kapal terbang lak. kabus ni berlaku sebab lepas hujan agaknya. anak aku sebuk nak ambil gambar, leh battery lak weak, kena minta simpati lak ni kat keluarga Fadzil ambil sekeping dua gambar kenangan di kemuncak 710 meter dari aras laut. Pengunjung Laman web boleh ke "http://Gebang.fotopages.com" utk melihat pemandangan diatas.
Oleh sebab keselamatan titi gantung ditutup lak. kecewa lagi. Sekali lagi Fadzil menguna daya imaginasi mungkin baru belajar kat mini sains tadi. suruh kami semua turun ke station pertama. Sambil menikmati pemandang dari situ dia meninjau perkembangan di station kedua. Dalam kami sengaja membuat leka tiba terdapat hamba Allah terhenjut-hijut berjalan di jambatan gantung. Selang tidak beberapa lama kumpulan manusia mernyerbu jambatan itu. Puh menjadi aidia Fadzil tu, apalagi berebutlah dua keluarga menaiki gendola free of charge ke station kedua. dua x naik kah kak. susana amat nyaman angin bertiup kencang diatas jambatan yg menghubungi dua kemuncak bukit tu, rasa2 macam berjalan diangkasa saja. kalau datang ke Langkawi jangan terlepas menaiki cable car rugi tau, datang jangan tak datang, iklan lak.
semasa turun nampak lak gajah, rusa dan lain2 lagi rupanya ada taman binatang dibawah. Kami tak gi pun , tak sangka ia juga tempat utk melawat. ronda kat kedai permata , lawa2 cincin dgn batu asli nya, rasa nak sambar satu ,tapi agak mahal. Balek pusing kat pantai pasir hitam, makan t/hari, ronda kat gerai jualan, masuk gerai macik kat terceruk dari pengunjung. dia mengadu jarang pengunjung sampai kedainya, dia ofer ikan bilih pasir hitam, sapu 2 kg. kah kah .
Hari ketiga dgn fikiran rasa banyak tempat dah gi sebelum ni jadi pusing lagi pekan kuah kut ada barang yg perasan belum beli. memang pun nak cari cincing , kali ni memang sambar pun cincin batu amethyst ikat perak selesai duit peruntukan . 12.45 check out. 10.30 malam tidur kat bilik sendiri...........

Fuh.. mmg best pi Langkawi kali ni.. terima kasih kat Aji sebab jadi peneman saya di Langkawi ari tu..bahagia rasanya.. hehehe.. lain kali kita 'geng' lagi tau..
Cuma tak puas hati tu pasal masa tak cukup nak lawat semua tempat..rasa nak pi lagi ni..huhuhu..
Tue 1-Jul-2008 03:30
Posted by:wak mustar  - [Link]
Datang kali ni , memang terasa puas, walau tak gi banyak tempat. keseronokanya kita tak tergesa-gesa dlm apa hal, terutama memilih barang pembelian. Rasa2 nak gi lagi...bawa kaum kerabat yg teringin gat nak gi tapi tiada sapa nak bawak he.. he hehe ada sikit2 pengelaman huhhuh .. Wed 2-Jul-2008 02:37
Posted by:Aji alias miaaa_as@yahoo.com.my
ha'ah..kitorang ingat pun cuti skolah pertengahan thn dpn nak p Langkawi lg laa kalau takde aral. Kali ni nak ajak keluarga kat Bentong pi lak. Bkn diorang taknah p Langkawi tapi p ikut rombongan ni tak best, terikat ngan masa. Rasa2nya, p 3H2M tak cukup. Nak p 4H3M lak, huhu.
Fri 4-Jul-2008 01:54
Posted by:alona
Amboi Ajii.. sampai 2 kali pi Langkawi no.. ada lagi yg tak cukup ke atau ada barang tertinggal kat sana..? hehehe..
Ni mesti tak puas ati tak pegi padang matsirat ari tu la ni.. kan?
Fri 4-Jul-2008 03:48
Posted by:wak mustar  - [Link]
Kah kah kah, hii hi memang tak sangka jadi committee bidan terjun lak utk group ke 3 huh hu. bukan apa ni lah peluang utk membuat tinjauan tempat penginapan menarik utk keluaga bila datang nanti, kalau 4h3m tu Alona kata tak cukup so kita buat macam mat saleh, buat kampung kat pantai cenang & pantai tengah. hu hu...lihat peninjauaan saya di tajuk "pantai cenang & tengah Langkawi" hu...hu Wed 9-Jul-2008 00:34
Posted by:Aji alias miaaa_as@yahoo.com.my


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.