 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
alias's FotoPage
 By: alias samad
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 23-May-2008 06:46 |
Email | Share | Bookmark |
|
Saya di Tanah Suci (1425)
|
 |
|
hamba di Madinah munawarah
|
|
 |
|
minum pagi depan al-wissam tempat penginapan
|
|
 |
|
di perkampungan & telaga padang pasir
|
|
 |
|
di ladang unta
|
|
 |
|
berlatarbelakang Masjid Al-Shidik
|
|
 |
|
Masjid Nabawi & Makam Rasullah s.a.w
|
|
 |
|
Medan Uhud & Makam Sahabat
|
|
 |
|
Tapak perjanjian (Hudaibiah)
|
|
 |
|
Kenangan Padang Pasir (Hudaibiah)
|
|
 |
|
Perkuburan Lama (Bonda Siti Hawa) Jeddah
|
|
 |
|
Masjid Terapung (Jeddah)
|
|
 |
|
Kilang Kelambu Ka'abah
|
|
 |
|
Ana di Padang Arafah
|
|
 |
|
Masjid Jin (Mekah)
|
|
|
Saya berada di Tanah Suci pada thn yg berlakunya banjir besar di Mina (1424h). Hari itu hari pertama saya berada di Mina. Oleh sebab khemah kami agak jauh dari tempat jumrah, Kami bercadang ke tempat melontar pada waktu malam utk melontar di jumrah aqabah (Tahallul awal) dan terus tidur dimana-mana tempat padang pasir berhampiran. Untuk menunggu hari besok melontar ketiga-tiga jumrah. Rancagan kami terbatal apabila kami tidak dibenarkan keluar dari khemah selepas waktu Zhuhor. Tanda akan berlaku ribut pasir kelihatan di padang pasir. Kertas dan pembalut plastik berterbangan di angkasa seperti burung merpati di Mekah. Hujan lebat dan angin kencang hampir membasahi kami di dlm khemah, ada jemaah yg khemah mereka di landa air kuat. Kami tidak dapat bergerak hingga ke waktu malam.
Besok paginya selepas subuh kami terus ke jumrah yg jauhnya hapir 5 kilometer. Banyak pekara menarik utk di rakam. Oleh sebab niat utk menunaikan haji semua ini tiada keizinan dari Allah s.w.t.
Untuk bakal2 haji
Oleh sebab tanah Mekah dan Madinah merupakan tempat kelahiran Nabi Muhammad s.w.a dan tempat perkembangan Islam. Ada lah baik yg hendak menunaikan haji memahami sirah dan kisah kehidupan Sahabat. Dengan ini ia boleh mendatangkan kesan keinsafan yg mendalam semasa kita beribadat kpd Allah s.w.t. Di samping kita menunaikan fardu haji kita akan melawat tempat2 bersejarah dlm perkembangan Islam. Tujuan utama bukan shj utk melihat tempat, tetapi lawatan yg bermakna menziarahi Nabi dan Sahabat2. Sekiranya kita tidak tahu pertiwa penting tempat berkenaan, sudah tentu ia tidak mendatangkan kesan.
Contohnya semasa melawat medan Uhud, Peperangan Uhud banyak melakar sejarah suka-duka Nabi dan para Sahabat. Saya mengambil sedikit shj kisah dan semoga ia mendatangkan mamfaat kpd pengunjung kesana. Dalam surah Al-Ahzaab -a23 Allah s.w.t berfirman "Diantara orang2 yg beriman itu, ada yg bersikap benar menunaikan apa yg telah dijanjikannya kpd Allah (utk berjuang membela Islam); maka diantara mereka ada yg telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan diantaranya ada yg menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yg mereka janjikan itu) sedikit pun". Dlam perang Uhud ramai sahabat terkorban termasuk bapa saudara Rasullah Saidina Hamzah. Semasa hedak berangkat pulang Rasullah s.a.w singgah sebentar di tempat sahabat bernama Musa'ab bin Umair r.a dlm mengenang riwayat hidup sahabat ini, Rasullah s.w.a berpaling kpd sahabat2 yang masih hidup dan bersabda "Hai manusia! berziarahlah dan berkunjunglah kpd mereka, serta ucapkanlah salam, demi Allah yg menguasai nyawaku, tak saorang mukmin pun sampai hari kiamat yg memberi salam kpd mereka, pasti mereka akan membalasnya"
Assalaamualaika Ya Musa'ab, Assalaamualaikum, semua shuhadaa. Assalaamualaikum warahmatullah wa barakatuhu. (Peace be on you, O Musa'ab, peace be on you all, O martyrs. peace be on you and the mercy and blessing of God).
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|